Kelas Asas Videografi

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 19 Januari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu kelas asas videografi bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Kelas ini telah dikendalikan oleh Encik Kellvin Kellian dari Pusat Internet Kampung Lambir. Kelas ini juga telah disertai seramai empat orang peserta yang ingin belajar cara-cara untuk mengedit video.

Tujuan utama program kelas asas videografi ini diadakan adalah untuk memberi input tentang cara-cara untuk menghasilkan video dan mengedit video menggunakan Sony Vegas Pro. Banyak input yang dipelajari seperti elemen-elemen penting untuk memulakan rakaman dan juga jenis-jenis perakam yang digunakan. Selain dari video recorder, telefon mudah alih yang canggih juga berkemampuan untuk merakam video yang berkualiti. Peserta yang terlibat juga diberi peluang untuk merakam video pendek dan mengedit video mereka dalam Sony Vegas Pro dan kemudiannya menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan peserta yang lain.

Di akhir program ini, peserta yang terlibat dapat memahami serba sedikit cara untuk mengedit dan menghasilkan video yang berkualiti. Penghasilan video yang berkualiti memerlukan konsistensi dan praktis yang banyak melalu Sony Vegas Pro atau software video editing yang lain.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali